Nak FAHAM VEMMA Secara LIVE?

Untuk lebih memahami Vemma, Vsmart mengadakan penerangan LIVE ke rumah anda melalui ONLINE. 

Business preview untuk orang baru (PE) diadakan SECARA ONLINE setiap minggu di link/ website berikut:



Event Vemma Minggu Ini!




Buat warga JOHOR, leader2 hebat Vemma ke tempat anda! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu dengan mereka dan belajar bagaimana kami bekerja PARTTIME tapi menerima income FULLTIME di Vemma.. Jumpa di sanaaaa... Datang jangan tak datang.. 

BONUS BARU! di Vemma Asia...



Tanggal 2 November 2012 memang sangat2 dinanti2kan oleh Vemma Brand Partner kerana syarikat  telah melancarkan beberapa insentif baru yang sangat mengujakan kami semua lebih2 lagi ahli keluarga VSmart Network. We are so excited! Duit besar setiap minggu adalah PASTI!! Wowww...
Antara insentif yang dimaksudkan ialah :
  1. Bonus Frenzy
  2. Bonus Double Frenzy
  3. Tabung Kereta
  4. Program Kesetiaan Pelanggan
Bonus Frenzy 
Perkenalkan 3 rakan niaga baru (new brand partner) dalam minggu yang sama dan nikmati:
1. Enroll 3 BP dengan DOUBLE pack - USD200 seminggu
2. Enroll 3 BP dengan SILVER pack - USD400 seminggu

Double Frenzy
Anda boleh meraih Double Frenzy sehingga $800* jika anda:
1. Enroll 6 BP dengan DOUBLE pack - USD400 seminggu
2. Enroll 6 BP dengan SILVER pack - USD800 seminggu

*BP = brand partner/ rakan niaga

Program Kesetiaan Pelanggan
Satu2nya syarikat yang menawarkan PELUANG dapat produk FREE setiap bulan/ FREE maintainance!! Memang wowww laaar... 

Hanya kenalkan 3 orang customer/ pelanggan baru dalam tempoh sebulan dan nantikan penghantaran Produk Vemma percuma anda di depan muka pintu. Fuhhh.. powerr. 
cth: A, B dan C adalah pelanggan baru Vemma
A - beli single pack, B beli single pack dan C juga beli single pack.
Anda dapat percuma single pack bulan depan. Terus ke rumah anda!

Tabung Kereta (Car Fund)
  1. Mencapai pangkat yang berbayar tahap Diamond* (atau ke atas) dan mempunyai seorang Gold Leader sebelah kiri dan kanan melayakkan anda mendapat Dana Kereta berjumlah 400 USD.
  2. Mencapai pangkat yang berbayar tahap Presidential atau Star Presidential* dan mempunyai ‘dibayar sebagai’ (paid rank) Gold pada sebelah kiri dan kanan melayakkan anda mendapat Dana Kereta berjumlah  600USD.
  3. Mencapai pangkat yang berbayar tahap Ambassador* (atau ke atas) dan mempunyai ‘dibayar sebagai’ (paid rank) Gold pada sebelah kiri dan kanan melayakkan anda mendapat Dana kereta berjumlah 800 USD. 
Bagi melayakkan anda untuk mendapat bonus-bonus di atas, setiap ahli baru hendaklah:
  • Berstatus Silver member (360 QV atau lebih tinggi) dan
  • Mendaftar dengan pesanan 120 nilai mata ganjaran dan Penghantaran-Auto pada minggu yang sama.
    Program Bonus Frenzy, Double Frenzy dan Dana Kereta terbuka kepada semua Brand Partner Vemma yang berada di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Taiwan yang telah membeli Pek Silver atau pek yang lebih besar (Pek Gold dan Pek Diamond) pada bila-bila masa sepanjang anda bersama Vemma.

    Success Story: Top Leader Rosmawati Mohamad - oleh suaminya, Kamarulzahirin

    *** seperti yg dikongsikan di UV Group Skype Meeting Mingguan, 6 June 2012 ***

    Nama saya Kamarulzahirin bin Idris, saya lahir dari keluarga yang berniaga yang dulunya termasyhur juga di Muar...sbb tu PL Rose sudi jadi isteri saya, sebab dari family bisnes dan dia mmg "gila dan minat" dgn bisnes...hehehe.

    Berasal dari Muar dan kini menetap di Merlimau, Melaka. Atas desakan PL Rose, saya pun join VeMMA pada bulan Februari 2012. Saya merupakan PM (Paid Member) yang paling rapat kepada Platinum Leader Rosmawati Mohamad. PM yang merupakan sahabat dan teman yang paling akrab juga kekasih yang sanggup berkongsi segala-galanya bersama beliau....

    Di sini saya mahu berkongsi kepada sahabat-sahabat semua bagaimana di awal penglibatan atau pertemuan isteri saya iaitu PL Rosmawati bersama VeMMA. Beliau mula mengenali VeMMA pada bulan November 2010. Masa tu dia baru je mula berjinak-jinak dengan internet.

    Saya selalu nampak beliau sibuk dengan laptopnya. Saya tak menghalang kerana pada awalnya saya menyangka beliau sibuk siapkan tugasan yang diberikan oleh tutornya. Sebagaimana yg semua maklum bahawa isteri saya masih lagi sambung belajar sebagai Mahasiswa di OUM, Melaka. Pada masa tu saya tak campur tangan sangat apa saja yang dia buat dengan laptopnya sebab saya tahu beliau seorang yang komited dengan apa saja yang beliau lakukan. Beliau selalu tidur lewat kerana mahu siapkan assignmentnya. Kadang-kadang saya juga menemani beliau dengan turut berjaga sama sehingga kerja sekolah atau kerja OUM nya selesai.

    Sehinggalah pada hujung tahun 2010, seingat saya hari Ahad. PL Rosmawati memberitahu saya yang beliau mahu berjumpa dengan kawan semaktab yang datang bercuti dari Penang dan sekarang menginap di Hotel Sri Malaysia, Air Keroh, Melaka. Masa tu dah lewat petang sebab seharian hari minggu ada banyak jemputan kenduri kahwin anak2 jiran terdekat dan sahabat2 yang lain. Memang letih krn penat makan kenduri.... hehehe...

    Ingat terus jer nak balik rumah... tapi sebelum pulang ke rumah, beliau beria2 mengajak saya menghantarkan beliau ke Hotel Sri Malaysia walaupun masa tu hujan dah mula turun dan hari pun dah semakin petang.

    Kerana mengenangkan dia nak sangat jumpa kawannya yang katanya dah lama tak jumpa, saya mengalah dan turutkan juga kemahuannya w'pun saya nampak beliau berperangai pelik krn bawa laptop dan lain2. Tapi saya tak ada prasangka sangat sebab ingatkan dia nak belajar sesuatu dgn kawan2 dia tu, maklumlah sama2 cikgu cikgi ni kan...??? Kita yang bukan cikgu ni mana nak faham sangat tugas mereka ni...hehehe

    Rupa2nya yang dia jumpa di sana tu bukan kwn2 semaktab dia, tetapi dia jumpa Nenda dia iaitu Exec Hasmi dan Star Platinum Fazira yg buat road tour ke seluruh semenanjung. Kena kelentong jugak saya ni kan... hehehe

    Balik dari jumpa Kak Mie dan Cikgu Fazira, si isteri saya ni diam membisu seribu bahasa sehinggalah kami dah selesai berhenti solat Maghrib di Petronas dan bawa anak2 makan malam di McD. Si Isteri saya ni tak bercakap sepatah pun...saya pun pelik gak w'pun saya dah mengagak yg ada sesuatu yg dia rahsiakan drpd saya. Sebab masa dorang berbual dgn Kak Mie dan sekumpulan yg datang jumpa Kak Mie, saya tgk lain macam jer...tak spt org yg jumpa dgn kawan2 lama. Saya tahu perangai wife saya ni penyayang dan suka ketawa, tapi masa jumpa Kak Mie tu mcm malu2 dan formal pulak...so, saya mula tanya... "tadi tu jumpa dgn siapa?"... dia senyum kelat jer... tapi yg saya peliknya, dia mcm mengharapkan sesuatu dan mcm nak cakap sesuatu... sehinggalah beberapa hari selepas tu baru dia mula bersuara..."Bang, mana nak cari 5ribu ya?" Memang sahlah dia ni...rupa2nya yg bermain dlm fikiran dia ialah mana nak cari duit RM5ribu. Masa tu barulah dia bercerita dari A-Z tentang modal RM5ribu utk join vemma.

    Saya mula berang dan mula beri amaran kat dia yang dia jangan nak mengada-ngada nak masuk itu ini dan buat bisnes apa2 lagi dah... barang2 kemas Zhulian dia tu banyak lagi yang dia belum jual. Ada satu beg lagi...

    Apa taknya, kalau sahabat2 semua nak tahu, PL Rosmawati ni dah banyak menghabiskan duit sepanjang tahun 2009 dan 2010 dgn mcm2 bisnes yang dia buat. Dalam tempoh 2 tahun tu dia dah kehabisan semua duit simpanan dan juga barang2 kemas dia dan dua anak perempuan saya utk perniagaan entah apa2 dulu. Termasuklah dia sanggup dan berani pinjam dan gadaikan gelang mak mertua saya kat Bank Rakyat demi untuk masuk Saham Forex dengan kawan dia pada awal tahun 2010. Jadi bila dia nak cari modal untuk VeMMA, saya memang menggeletar dan geram dengan peragainya yang berani tak bertempat. Dululah...itulah anggapan saya kat dia.

    Saya malu bila setiap kali balik kampung, mak mertua saya akan tanya bila nak tebus gelang dia??? Sedangkan mana nak cari duit sebanyak tu utk tebus gelang mak mertua saya? Saya rasa maruah saya betul2 tercabar...mcm lah sy tak mampu nak jaga isteri dan anak2 saya ni... saya malu kalau semua ipar duai saya tahu yang isteri saya ni pinjam gelang dari mak dia ni... dan masih belum berjaya nak tebus balik....

    Sahabat2 tahu tak...hutang PL Rosmawati kerana gadaikan gelang mak dia kat Bank Rakyat berjumlah hampir RM20ribu, kami betul2 susah pada selepas Hari Raya puasa tahun 2010 dengan hutang kredit kad hampir RM50ribu, ansuran kereta dah masuk 3 bulan tak berbayar dan yang paling saya tak boleh lupa dan kesalkan ialah saya kehilangan pekerjaan saya kerana perniagaan saya dulu lingkup... dan kerana permasalahan semua itulah saya naik hantu bila dia mahu buat Vemma lagi.

    Kalau nak tahu, sebelum puasa tahun 2010 dia baru tukarkan semua barang2 kemas dia dan 2 anak perempuan saya kepada barang2 kemas Zhulian. Itupun saya tak tahu, bila tiba hari raya, saya tgk anak2 pakai rantai gelang dan anting2 baru...(masa tu pun sy msh blm tahu yg dia dah mula terlibat dgn Zhulian) Bila ditanya, barulahhh nak bercerita, tapi sy nak m'halang pun dah terlambat kan? Alasannya hanya satu, dia nak dapatkan duit utk tebus semula barang kemas emak dia dan nak langsaikan hutang2 kredit kad. Nak buat loan bank dah tak boleh katanya...jadi nak dapat duit kat mana lagi selain buat bisnes??? Dia bekerja keras utk itu, selain jual Zhulian, dia juga jual baju, tudung, kain2 ela dan juga menjual batik2 sutera yang dia ambil di Terengganu. Saya kesian dgn dia sebenarnya.... Dia bersungguh mahu mengubah hidup, cuma cara yang dia buat tu selalu bercanggah dgn apa yang saya fikirkan...

    Memang betul niat dia hanya nak membantu saya utk meningkatkan ekonomi keluarga. Tapi pada saya, isteri saya hanya mengejar angan-angannya yang tak pasti. PL Rose terlalu bercita-cita tinggi sehinggakan akhirnya dia terbeban dengan semua masalah hutang. Jadi sewajarnyalah apabila dia nak mulakan bisnes Vemma saya cuba menghalangnya betul2. Beberapa kali juga kami tak bertegur sapa dan anak-anak yg jadi p'hubung... Kelakar pun ada, kalu diingatkan semula..

    Saya diamkan saja bila dia nakkan modal RM5ribu sehingga dia sanggup tebalkan muka utk pinjam duit dgn kwn2 sekolah dia. Sehinggakan dia pernah ugut saya nak pinjam dgn along. Tapi saya tahu dia hanya cakap nak takut2kan saya sahaja... Saya pernah cakap dgn PL Rose, kalau awak nak buat jugak, usaha sendiri dan jangan susahkan saya.

    Saya tak mahu tgk dia gagal lagi atau pada saya dulu, dia dah tertipu dgn semua upline2 dia... Sayang duit kerjanya habis macam tu saja...tak tahu ke mana..

    Tapi alangkah terperanjatnya saya apabila pada suatu hari, pertengahan bln Januari tahun lepas (2011), tiba2 datang van skynet menghantar 15 kotak jus Vemma. Saya betul2 terperanjat dan naik berang...mana lagiiii dia ni berhutang???

    Saya terperanjat lagi bila dia cakap yg dia pinjam duit dari adik bongsunya yang nak kahwin pada bln June tahun lps...saya betul2 marah dan mula risau kalau dia tak boleh nak bayar duit adik dia, sedangkan adik dia nak gunakan duit tu utk kawin bln 6... marahnya saya tak terkata... dahlah hutang gelang mak dia blm lagi dapat tebus... macam2 ada dalam kepala saya ni...

    Saya betul2 terasa yang PL Rose betul2 tak menghormati saya sbg suami dan berani membelakangkan saya. Dia ni memang keras kepala dan jenis yang nekad. Kalau cakap dia tu...nak kena ikut cakap dia jer...Saya dah tak blh menahan kesabaran saya dan kami bergaduh, tetapi PL Rose mahu saya bersabar dan dia minta saya redhakan dan tolong doakan kejayaan dia. Suami mana yang nak lihat isterinya gagal, betul tak? Saya menangis dan dia menangis...yang jadi mangsa ialah anak2..mereka juga turut menangis ketakutan.... dah mcm drama pulak kan??? tapi itulah kesalahan saya yang terbesar... kalaulah masa tu blh ditarik balik, saya takkan bertindak mcm tu...sehinggakan saya sanggup nak mandikan dia dgn jus vemma tu tahu tak...aduhhhhh...saya betul2 bengang masa tu...

    Tapi saya msh buat tak tahu jer...sehinggalah saya tgk dia selalu berhubung dgn Syihah dan masa tu rasa nak marah dgn Syihah pun ada gak. Saya berprasangka yang Syihah lah dalangnya yang suka memujuk2 isteri saya ni ikut cakap dia. Maaf ya Syihah, dulu abang tak kenal Syihah lagi... jangan marah ya, ini cerita tahun lepas, tahun ni dah cerita lain...hehehe... Saya cabar dia, kalau dia nak pergi sangat...naik bas ke KL. Saya tahu yang PL Rose ni penakut dan tak pernah naik bas sendirian...dia ni manja dgn aruah ayah dan dgn abang2 dia. Dulu, kalau nak ke mana-mana, memang dihantar dan dijemput... nampak jer garang, tapi hati kecikkk...hahaha

    Tapi saya terperanjat bila dia minta saya belikan dia tiket bas. Perghhhhh minah ni betul2 nekad ni nak pergi KL. Saya kesian jugak dgn dia tapi biar dia berdikari...dia nak buat sangat, biar dia tanggung sendiri...saya cuba pujuk hati saya... zalimkan saya ni???

    Tapi sebaik sahaja dia balik dari event tu, tak salah saya GDT pada 23 Januari 2011... dia semakin bersemangat lak. Selalu berskype dgn Syihah. Semasa dia selalu dibimbing oleh Syihah melalui skype, sedikit sebanyak dah membuka pintu hati saya nak mula jenguk2 apa yg dia buat. Sebab saya pun teruja gak, mcm mana Syihah blh bimbing dia hanya melalui skype... dan lebih saya tertarik dan mencuri perhatian saya ialah PL Rose ni tak pernah keluar rumah nak pergi jual2 barang. Tak macam masa dia buat Zhulian dan MLM yang lain2 dulu...

    Bila saya tanya, apa nak buat dgn jus Vemma yang banyak ni?? Kenapa tak pergi jual??? Dia jawab dgn saya, "Abang, jus ni utk kita minum sekeluarga. Saya nak abang dan anak2 sihat. Insyaallah bang, sebelum habis semua jus vemma ni kita minum...saya akan pastikan yang kita dapat balik modal dan dapat minum percuma lepas tu..." Saya hanya menjawab, "hmmmm...yalah tu..." Sebab saya tak yakin apa yang dia cakapkan. Apa taknya...dah masuk bln ke-3 tapi sy msh tak nampak hasilnya lagi... masih tak ada income spt yang dia dok bangga2kan spt income orang lain. Setiap kali dia bercerita psl Vemma, sy buat tak layan dan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

    Sepanjang 3 bulan tu saya nampak kesungguhan PL Rose ni. Dia selalu berjaga jauh2 malam selepas anak ke-3 kami tidur, baru dia mula mengadap laptopnya. Dia tak pandai internet, saya nak bantu, saya pun tak pandai... maklumlah kerja saya ni lain dari kerja dia...pernah beberapa kali saya terjaga dari tidur dan melihat dia menangis di depan laptopnya... saya tahu dia tension dan penat agaknya... apa taknya, dia sibuk dgn kuliah dia lagi, dengan kerja sekolah dia lagi dan setiap malam nak kena hantar email2 kat semua PE2 (pre-enrollies) dia. Saya sedih sebenarnya... sebab saya nak tolong pun tak tahu nak tolong dia mcm mana.

    Bulan 3 itulah dia mula berkenalan dengan Kak Enna, dan saya sebenarnya lega bila tahu dia buat vemma tidak lagi secara bersendirian. Pada bulan 3 itulah baru saya nampak dia dah semakin riang dan mula menjerit2 kesukaan bila dia dah mula dapat PM w'pun masa tu hanya dgn single pek dan nama dia dah mula masuk top leader di Vemmabuilder.

    Masa dia menjerit kesukaan tu, saya dah mula rasa seronok dan mula terbuka dengan PL Rose. Saya dah mula yakin dgn vemma ni bila dia dapat seorang member ultimate kat bawah dia. Itupun kakak angkat dia masa satu sekolah dgn dia dulu...dan slps dia dapat kak Jah (member pertama Ultimate bwh dia) dia minta izin nak ke KL lagi sekali dgn kak Enna dan Kak Jah. Mengenangkan dia dah ada kawan dan naik kereta kak Enna, saya izinkan... tapi sedihnya apabila dia balik dari KL dan keesokannya bila balik sekolah, dia cakap yg Kak Jah tak jadi masuk... nampak dia kecewa sangat... w'pun dia tahu yang saya tak suka apa dia buat, tapi dia selalu berkongsi cerita dgn saya... jadi masa tu saya pulak tambah beban dia dengan membebel kat dia dgn kata2 yang blh mematahkan semangat dia... sekali lagi saya zalim dgn dia kan???

    Tapi dia jugak tak mengalah..dan selalu pujuk saya, minta saya dan anak2 doakan dia... sehinggalah masuk bulan April, dia menjerit lagi sekali bila dapat Ultimate yang ke-2 iaitu orang Kota Bharu. Itupun Mr Damrong yang tlg closed untuk dia. Dan bermula dari situ, dia mula bangun buat solat malam dan selalu minta saya doakan dia untuk naik sebagai Diamond Leader. Saya masa tu masih tak yakin dgn PL Rose ni.

    Sebab apa-apapun yg dia buat sebelum ni hanya hangat2 tahi ayam dan memang takde hasilnya... tapi jauh di sudut hati saya, apabila saya nampak kesungguhan dia dan semangat yang dia ada...saya kesian dan sebagai suami, sudah tentulah saya sentiasa mendoakan dia juga w'pun saya tak yakin... tapi PL Rose selalu cakap yang inilah adalah bisnes dia yang terakhir dan dia mahu buktikan kpd saya yang dia akan berjaya....

    Saya sebenarnya tak sangka yang dia betul2 bersungguh dgn apa yang dia cakapkan... Bayangkanlah, dalam masa yang sama dia buat Vemma, dia mengajar, dia belajar dan dia juga melayan kami dengan baik dan sempurna. Dia buat semua tu bersendirian...dia menangis juga bersendirian...bila dia sangkakan yang saya dah tidur...saya hanya mampu mendengar dia menangis melepaskan segala kesulitan yang dia tanggung... saya tahu kenapa, sebab dia tak mahu saya menyalahkan dia lagi dan dia mahu menyembunyikan kelemahan diri dia dari saya....

    Pada hujung minggu bulan April tahun lepas, sekali lagi dia minta izin utk pergi ke training katanya...tapi kali ini bukan kat KL tapi kat Penang. Saya keberatan nak izinkan dia pergi sebab cuti hujung minggu sahaja... bukannya cuti panjang. Tapi krn dia ni memang pandai memujuk dan dibantu dgn Kak Enna yg turut cuba meyakinkan saya... saya izinkan juga dia pergi naik bas bersama kak enna....hanya yang mampu saya buat ialah mendoakan dia yang terbaik dan mengalah dengan kesungguhan dia...

    Sehinggalah pada minggu 16 di Vemma tahun lepas, slps solat subuh dia berlama2 di sejadah...sehinggakan dia menangis. Masa tu dah lambat nak ke sekolah. Perjalanan dia ke sekolah lbh kurang 40-45minit. Pkl 6.15 sepatutnya dia msti dah berada dlm kereta... anak2 dah lama siap... Saya dan anak2 hanya memandang dia dan masa itulah dia bercakap dgn saya dan dgn anak2 bahawa dia betul2 mahu naik rank Diamond dan minta sungguh2 kami doakan dia. Sebab katanya...inilah sahaja peluang dia utk dapat duit banyak dan untuk tebus gelang mak mertua saya sblm hari raya puasa... Baru dia cerita yang Vemma adakan pertandingan utk sesiapa yang naik rank kpd Diamond atau Platinum mereka akan berkongsi memenangi wang sebanyak RM57 ribu tak salah saya...dan dia betul2 mahukan duit tu utk tebus gelang mak mertua saya...

    Masa tu bermulalah keterbukaan hati saya untuk ikhlas dan betul2 redha dgn apa yang dia buat. Dari matanya...saya tahu yang dia betul berharap dan mahu naik rank. Bukan krn nak glamour atau apa, tapi krn nak duit dan nak tebus barang kemas mak dia yg dah setahun lbh ada kat bank rakyat...

    Saya redha dan betul doa dgn sungguh2 semoga Allah bantu dan mudahkan jalan untuk dia...dan selepas itu saya juga turut sama2 menjerit setiap kali dia dapat ultimate!!!! Sehinggakan saya sendiri menangis apabila dia dapat income pada week 16 dgn RM16ribu lebih dalam masa seminggu sahaja...

    Income dia untuk bulan tu, iaitu April 2011 lebih RM20ribu... termasuk duit saguhati Vemma... dan selepas itu income dia semakin baik dan tahun lps dia dapat 2x income RM10 ribu lebih... dapatlah tebus gelang mak dia, bayar hutang2 kredit kad dan dapat berbelanja mewah sedikit utk hari raya.... Alhamdulillah... dan syukur kpd Allah krn memberi peluang dan memberi kekuatan kpd PL Rose...

    Mata saya semakin terbuka apabila dia mengajak saya untuk sama2 meraikan dia semasa Vemma Asia Convention (VAC) di Genting tahun lepas dan dia juga menghadiahkan saya USD700 yang dia dapat di sana. Saya betul2 berbangga dengan pencapaian PL Rose dan saya yakin 200% sekarang ini bahawa dia adalah antara Jutawan2 yang akan lahir dari family Ultimate Venture kita ini...

    Kebanggaan saya bukan saja setakat itu, saya benar2 terperanjat dan teruja bila dia diberi kepercayaan oleh mentor2 dia sbg speaker pertama dalam MP2 di Hotel Nouvelle pada 1 Oktober 2011. Saya tak pernah dengar dia bercakap begitu dalam mana2 majlis pun sebelum itu...sehinggakan saya sendiri tak percaya,betul ke isteri aku yang bercakap kat depan tu??? hahaha...sebab dia ni manja, penakut dan ntahlah...saya hampir tak kenallah dia masa tu...

    Dia berdiri di atas pentas dgn yakin dan penuh bersemangat sehinggakan saya sendiri mengalirkan air mata...sejak dari itu saya dah bertaubat dan bertekad yang saya akan menjadi orang pertama untuk memberikan sokongan kepada dia dalam apa jua yang dia mahu buat untuk berjaya di Vemma. Saya mula berjanji pada diri saya sendiri dan pada PL Rose juga yang saya akan sokong dia dan akan ikut dia kemana-mana sahaja selepas ini. Saya sanggup jadi driver dia... Masa tu keyakinan saya dah semakin naik...dah jadi 300% dah yang dia adalah jutawan Vemma yang seterusnya...

    Saya sekali lagi teruja dengan kesungguhan dia apabila dia sanggup drive sendirian ke Felda Keratong untuk membantu DL Shahidah utk naik rank. Dia betul2 dah banyak berubah...dari penakut dulunya...nak ke mana2 mesti nak berkepit jer dgn saya ni... tak berani nak jalan sorang2 lau takde kawan...saya pada awalnya risau jugak... tapi dia yakinkan saya yang saya kena beri kepercayaan kpd dia dan kena yakin dgn dia kalau saya nak tgk dia jadi jutawan... Adussss...suami mana yang tak nak tengok isterinya berjaya... ya tak??? Jadi, dgn berat hati...saya izinkan jugaklah...Masa tu yang saya ada hanyalah doa sahaja..semoga dia selamat pergi dan selamat balik ke rumah tanpa cacat celanya...

    Dugaan datang lagi...dugaan nak naik rank Platinum agaknya... apabila satu malam dia masih tak sampai ke rumah w'pun jam dah pukul 11 malam. Dia bertolak dari rumah utk ke tempat Kak Dah slps habis sekolah pada petang Jumaat bln Januari atau Februari...sy dah lupa... Saya dah mula risau dan mula beranggapan yang bukan2. Sebab call tak diangkat... Saya dah agak, mesti bateri phone dia mati ni... Rupa2nya tayar keretanya pancit di tengah2 hutan sblm smpai Jementah semasa nak balik ke Melaka... Nasib dia baik sebab ada driver lori yg sangat baik hati datang bantu tukarkan tayar kereta tu... alhamdulillah... Itulah kan??? Allah itu ada, dan dia pasti akan hantar orang untuk bantu kita kalau kita ikhlas mahu membantu orang lain... seperti Allah menghantar PL Rasyihah kpd isteri saya ni...kalau tak, tak tahu lah apa jadi dgn hidup kami sekarang ni....

    Dah selesai tukar tayar...akhirnya dia selamat sampai ke rumah hampir jam 12 malam. Selepas tu saya dah mula tarik balik keizinan utk dia keluar tanpa saya... masa tu saya dah tak kisah, nyawa dia dan keselamatan dia jauh lbh penting dari segalanya...Tapi PL Rose ni degil sikit...dia tetap jugak pujuk saya, tapi saya takkan izinkan dia drive sendirian melainkan dia nak ke Muar atau sekitar Melaka sahaja...kalau keluar dari Muar dan Melaka, saya akan jadi driver dia...

    Sekarang ni, saya sudah redha dan ikhlas 500% utk perjuangan dia di VeMMA. Asalkan dia tak melanggar tatasusila dan tak lupa diri... saya mahu dia berjaya di bawah bimbingan Atuk Basri dan Nenek Hasmi, juga PL Syihah dan semua sahabat2 di Ultimate Venture ni...

    Sebelum saya mengundurkan diri, saya sebagai suami kepada PL Rose mahu mengambil kesempatan ini nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada PL Rasyihah yang tak pernah putus asa membimbing dan membantu isteri saya utk sama2 berjaya bersama beliau. Jutaan terima kasih juga kepada pasangan nakhoda kapal Ultimate Venture iaitu Nenek Hasmi dan Atok Basri kerana tak pernah jemu dan sentiasa menyokong isteri saya selama dia berada di bawah bimbingan atok dan nenek. Walaupun pada awalnya, saya juga berprasangka kpd Kak Mie juga...maaf yaaaa...

    Terima kasih kepada PL Kak Enna (Roslina Yunos) sbb sudi menjadi rakan seangkatan Vemma di Melaka. Kalau tak, PL Rose sendirian kat Melaka ni...kesian dgn isteri saya kan...hehehe

    Terima kasih juga kepada semua sahabat2 di UV. Terutama SP Fazira, PL Azreen...saya ingat dua leader ni sbb pernah jumpa kat Melaka dulu..Terima kasih untuk semua family UV...Saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada family UV ni... Family ke-3 yang saya dah mula jatuh sayang...sehinggakan saya cakap dgn PL Rose masa perjalanan balik dr Family Day baru2 ni (2-3 June 2012 di Bukit Merah Laketown Resort, Perak), yang timbul perasaan sedih dalam hati saya untuk berpisah dgn anda semua pada hari itu... semoga kita jumpa lagi di lain event...


    Success Story: GL Suzie Shuib Berhenti Kerja Kerana Jatuh Cinta dengan VeMMA

    ***seperti yg dikongsikan di UV Group Skype Meeting 27 Jun 2012***

    Bismillahhirohmanirrohim, Assalamualaikum. .. Untuk semua sahabat yg dikasihi.. specially semua UV Team yg lama dan yg baru,.. Salam Sejahtera Kpd Anda semoga berada di dalam Keberkatan Ilahi.


    Saya kenalkan diri saya terlebih dahulu , Saya Suzie, Kini menetap di Klang, Sya skrg dah jadi Fulltime Mak, bak kata DL Roslila. Terlebih dulu jutaan terima kasih yg tk terhingga kepada Sifu2 yg banyak membantu dan membimbing saya, iaitu Star Exctv Kak Hasmi, PL Rasyihah…yg tak pernah jemu2 memberi tunjuk ajar kepada sya hingga ke hari ini. TQ so much jemput sya buat sharing mlm ni.


    Sya mula mengenali Vemma melalui anak perempuan Sya, seingat sya, tahun lepas, awal bulan Januari , balik aja dari kerja tk sempat sya nk mandi, dia terus cerita psl Vemma… Cara dia cerita punya lah excited, sampai saya mula fikir..biar betul budak ni..bila masa pulak dia ni terjebak dgn MLM… Sya memang sceptical dgn MLM, terus terang kalau ada yg bercerita ttg biz larut malam ni sya akan undur diri secara baik…… kalau nampak dari jauh , kawan yg kita chop MLM tu.. saya dah siap mengelak cari jalan lain….hehehe.. maaf ye..


    Dari anak saya lah, dengan izin Allah saya mula mengenali apa itu Vemma.. Setiap kali dia balik dari rumah kawan dia… ada aja cerita yg dia nk share dgn sya… sampai sya naik jemu… dia mula cerita ttg mak kawan dia yg berjaya.. kerja senang dok kt rumah je tk perlu susah2 mcm sya..pergi matahari tk naik lagi..balik matahari dah hilang…Anak2 dah besar, memang dia org merungut tetang rutin kerja saya… yg sibuk memanjang…


    Kerjaya sebagai Exctv Oficer nak kena monitor staff2 adalah satu beban tugas yg berat, kalau lambat atau salah staff buat kerja, sayalah yg akan menjawab depan Boss. Percayalah makin tinggi jawatan kita makin beratlah beban yg kita tanggung.. anak2 dah tentulah tk faham , bukan pilihan kita utk jadi mcm tu.. semuanya kita buat utk anak2.. kalau diberi pilihan, tidak ada siapa sanggup nk kerja teruk mcm tu.


    Hingga pada suatu hari, sya pengsan ditempat kerja, setalah buat pemeriksaan di klinik yg berdekatan, Doc kata tekanan darah tinggi sya 160/90… Dia suruh saya balik dan cuti 2 hari… memang keadaan sya masa tu teruk… sekeliling sya terasa gelap, kepala sakit dan badan mengigil. Sebelum ni memang tak ada penyakit ni dan penyakit keturunan pun tak ada, Doc kata ini mungkin terlebih stress.. tapi kalau berterusan ,memang bahaya pada sya.. kalau naik lagi tekanan darah tu, berkemungkinan utk saya ditahan di wad adalah pasti.

    Alhamdulillah, dengan izin Allah, masa sedang bercuti sakit tu..Sya ada masa dengan anak2.. dan masa tu lah anak sya ambil kesempatan, dia on9 dan sogok saya dengan Vemma… nak tak nak sya dengar.. bermula dari situ.. tak yah di desak oleh anak.. saya sendiri yg buat research tentang Vemma… Company Hebat, Produk Hebat, Bonus Hebat dan yg paling penting HALAL… Subhanallah, sya mula terfikir.. ini kah peluang yg Allah nak bagi, seperti yg saya mintak dlm doa? Boleh kerja sambil pantau anak2.. tengok anak2 membesar, jalani rutin hidup mcm org lain yg boleh pergi kenduri, tk perlu kena kutuk dgn saudara2 ..dah di chop muka yg susah nk datang kenduri psl sibuk.. Bermula dari situ sya jatuh cinta dengan Vemma… Alhamdulillah..


    Yakinnya saya pada Vemma tanpa penerangan dari enroller, semuanya adalah dari pembacaan sya dri blog2 dan website2 tanpa ada sedikit pun bantuan dari enroller. Rezeki Allah, sedang bercuti sya terima panggilan offer utk berkerja di syarikat lain, gaji berganda dari yg saya ada… kalau nk fikirkan pasal duit sampai bila sya nk jadi hamba duit.. itu kata hati saya…Boss syarikat tu memang kenal rapat dengan sya… Sya mintak tempoh… Masa tu kepala tengah berserabut dok fikir..mana satu yg saya nak ambik ni… Kerja yg ada, saya dah tk nampak, yg saya nampak Vemma dengan offer baru ni…


    Besoknya sya masuk office masih dalm cuti sakit, dan letak surat resign, Sya cakap kat boss, Sya nk rehat kat rumah, tak mampu nk kerja lagi…Walau pun boss susah nk lepaskan, Alhamdulillah semunya dipermudahkan, sya mintak jasa baik Boss, utk tolak cuti yg sedia ada byk yg tk digunakan, so tk perlu saya pergi office lagi lepas ni.. dengan rasminya sya berhenti … hari yg sama, sya pergi office yg offer kerja, saya tolak offer dia dengan baik..


    Baliknya sya terus upgrade Ultimate, masa tu Diamond belum ada lagi ye. tanpa perlu upline saya bersusah2 nk terangkan pada saya, sya tk pernah jumpa enroller atau bercakap dengan beliau.… Alhamdulillah suami sya jenis yg support, dia tengok saya buat research dia pun yakin dengan sya. Produk yg saya dapat, saya agih-agihkan pada mak abah, mertua dan saudara mara yg memerlukan. Niat sya.. kalau sya dapat bantu mereka sembuh dari sakit denga izin Allah…Sya rasa bersyukur sangat..


    Bermulalah episode bekerjaya dirumah, Sya tidak mendapat guide dari upline saya, Upline saya berhenti membuat Vemma.. Bak kata PL Arshad Daza, berkubur tanpa nesan.. 5 bulan saya sendiri2 tapi mungkin masa tu sya pun tak tahu yang bisnes vemma perlu buat berkumpulan.. tak de guide mcm mana nak tahu kan? Sya buat blog sendiri… pendek kata semuanya sendiri lah… hingga pada satu hari… sya terbaca dekat satu website..Vemma ni kerja berkumpulan.. kerja sorang2 tkkan jadi…Masa tu saya nampak nama Mr Damrong, Sya pun add dia kt skype… dari situ permulaan sesi soal jawab dgn Mr Damrong… titik tolak dari situ.. Sya dapat berhubung dengan PL Rasyihah.. Jumpa beliau dekat HQ.. dia yg byk memberi bimbingan. Masa tu bila training kalau ada dia, mesti saya hadir… Kalau tk jumpa, dengar suara dia kt webinar pun dah buat sya teruja…hehehe.. Luv you Syihah…

    Dari situ juga sya kenal Kak Hasmi, Alhamdulillah byk memberi tunjuk ajar yg tak pernah jemu2 kepada sya…Diam tak diam dah 1 tahun 2 bulan saya di Vemma. Sya tak pernah berputus asa. Alhamdulillah , walaupun cabaran saya besar, sya tidak mendapat apa2 sumbangan spillover, sya harus bekerja keras 4- 5 kali ganda dari anda semua yg ada spillover diatas anda… tapi itu bukan alasan utk sya gagal di sini… Kalau saya terus mencongak2 masaalah dan berkeloh kesah apa yg sya dapat??Sya bersyukur sangat walau pun diabaikan upline tapi dengan izin Allah kerana beliaulah saya berada disini… dan berpeluang berkenalan dengan anda semua di Vemma.. Alhamdulillah.


    Pada yg ada enroller tu bersyukurlah… ambik peluang plugin dgn enroller, share segala masaalah, enroller tk tahu kalau anda tk cerita.. jgn lah tunggu enroller je yg bertanya, lama2 enroller pun boleh giveup, mcm anda tk serius nk berjaya…


    Masyaallah beberapa bulan ni, sya terkejar2 nk menjawap panggilan prospek, huru hara kejap hidup sya.. Alhamdulillah berkat pertolongan Star Exctv Kak Hasmi yg tk jemu2 nak bantu sya, dah ada peningkatan dalam biz dan juga hidup sya.. selama ni sya tk berani nk bercakap dengan prospek… bukannya takut.. masa tu sya mungkin rasa.. segan… rasa tk boleh terima kalau direject.. rasa mcm2 rasalahhhh… ..


    Alhamdulillah sekarang sya lebih yakin, Sya sedar saya memberi peluang pada org lain utk jadi seperti saya atau utk jadi lebih baik lagi dari sya, jadi kenapa sya perlu segan??.. kalau dia nk ubah hidup, dia yg patut ambik peluang ni..kalau tk nak..sya tk rugi apa2 pun… Tidak ada manusia yang boleh melawan ketentuan Allah SWT. Yakinlah sahabat2...bahawa apa yang Allah SWT berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita...kita hanya mampu merancang dan Allah jualah yang menentukannya... Bersyukur, dengan apa yg kita ada, muhasabah diri… ada org lain yg lebih bernasib buruk dari kita.. Stop blaming Allah swt or others dan belajar mengaku silap diri sendiri...


    Kdg2 bila kita tak dapat sesuatu, kita akan cakap "Bukan rezeki!", ia sebenarnya seolah-olah "menyalahkan" Tuhan....sedangkan most of the time, Tuhan yang Maha Memberi Rezeki memang sedia kan dah rezeki tu untuk kita, tapi kita sendiri yang tidak bertindak pantas, banyaaaaak sangat memberi alasan, sayang sangaaaat nak keluar daripada "Pulau Alasan", tak nak usaha lebih sedikit untuk perbaiki hidup... atau "grab" the chance..... Senang2 sahaja kita salahkan "bukan rezeki"..... So,.... Tuhan salah bila anda yang malas?


    Cara fikir yang betul adalah bila kita tidak mencapai sesuatu, cuba check diri sendiri dulu, check apa masalah kita, apa kesilapan kita, apa yang kita tidak buat untuk bertindak mencapainya.... Cari silap sendiri dan belajar daripadanya serta pastikan tidak buat silap yang sama lain kali! Its not how much time u failed but its how much u learned from each failure matters!


    Hentikanlah sikap menyalahkan orang lain di atas ketidakupayaan diri sendiri dan mulakanlah bertanggungjawab serta bertindak sekarang untuk memperbaikinya! Stop giving excuses!


    Percayalah....di Vemma tiada yg GAGAL yg ada hanyalah PUTUS ASA....Ini words yg selalu kita dengar dari leader2 yg tak jemu2 nak tgk kita berjaya.


    Alhamdulillah kita di bulan Sya’aban sekarang, 23 hari lagi sebelum Ramadhan Insya Allah :-) “Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan).


    Moga Allah buka pintu hati semua untuk "melihat" "mendengar" dan "menerima" kebaikkan, tiada yg mustahil untuk dicapai dalam hidup ini selagi ianya realiti. Sya nak fight for diamond Insyaallah, kita gegarkan VAC 15 Sept ni, doakan sya ye sahabat2, Smoga Allah permudahkan jalan utk kita semua... Aminnn ya robbal alamin…


    Cukup dulu sampai disini, jika ada terkasar bahasa dan kurang enak di baca..saya minta maaf.. Yang baik itu datang dari Allah dan sebarang kelemahan datang dari saya sendiri.


    Assalamualaikum semua terima kasih